Kunjung Hormat Daripada Pesuruhjaya Tinggi India, Duta Besar Jepun dan Duta Besar Republik Korea

TYT Takahashi Katsuhiko, Duta Besar Jepun

Datuk Seri Mohamed Khaled Bin Nordin, Menteri Pengajian Tinggi yang juga selaku Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang menerima kunjungan hormat daripada TYT B Nagabhushana Reddy, Pesuruhjaya Tinggi India, TYT Takahashi Katsuhiko, Duta Besar Jepun serta TYT Yeo Seung-bae, Duta Besar Republik Korea ke Malaysia. Turut hadir Timb. Ketua Setiausaha KPT, YBhg. Dato’ Dr. Megat Sany Megat Ahmad Supian serta delegasi kedutaan besar ke Malaysia.

Pertemuan ini bertujuan untuk membincangkan tentang Memorandum Persefahaman (MoU) yang akan ditandatangani antara kedua negara berkaitan sektor pendidikan tinggi. Malaysia mengalu-alukan kerjasama berimpak tinggi dalam bidang berkaitan IT, TVET, pertanian, tenaga bole diperbaharui, sains dan teknologi serta pusat bahasa melalui program kerjasama antara universiti.

Kunjung Hormat Daripada Pesuruhjaya Tinggi India, Duta Besar Jepun Dan Duta Besar Republik Korea - Berita
Kunjung Hormat Daripada Pesuruhjaya Tinggi India, Duta Besar Jepun dan Duta Besar Republik Korea - 3, UMNOPG

Selain itu, Malaysia juga berhasrat untuk mempelajari dasar pendidikan tinggi dengan negara-negara tersebut berhubung pemindahan kredit (credit tranfer), pemindahan ilmu, pemerkasaan sistem pembelajaran politeknik dan program mobiliti yang membolehkan pelajar melanjutkan pelajaran ke institusi pendidikan tinggi di sana. Negara-negara tersebut turut menyatakan hasrat untuk menubuhkan kampus cawangan di Malaysia yang menawarkan kursus -kurus berkaitan IT, kejuruteraan, sains dan teknologi.

Sektor pendidikan tinggi memainkan peranan penting sebagai ‘soft diplomacy’ untuk memperkukuhkan hubungan kerjasama bilateral yang memberikan manfaat cukup besar kepada negara untuk jangka masa pendek dan panjang.

Kunjung Hormat Daripada Pesuruhjaya Tinggi India, Duta Besar Jepun Dan Duta Besar Republik Korea - Berita
Kunjung Hormat Daripada Pesuruhjaya Tinggi India, Duta Besar Jepun dan Duta Besar Republik Korea - 4, UMNOPG

Kementerian Pendidikan Tinggi India in Malaysia (High Commission of India, Kuala Lumpur)
Embassy of Japan in Malaysia (在マレーシア日本国大使館)
Korean Embassy in Malaysia (주말레이시아 대한민국대사관)

#khalednordinmohe

Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
Pinterest
Scroll to Top