Adun Permas Ke Kolej Komuniti Pasir Gudang

KUNJUNGAN LAWATAN (GIT) KE KOLEJ KOMUNITI PASIR GUDANG
Adun Permas Ke Kolej Komuniti Pasir Gudang - Program &Amp; Komuniti
Adun Permas Ke Kolej Komuniti Pasir Gudang - 3, UMNOPG

Kolaborasi Masa Hadapan Demi Melahirkan Usahawan Muda dan Berjaya.

Hari ini ADUN Permas, YB Baharudin Bin Mohamed Taib yang juga selaku Pengerusi Yayasan Pasir Gudang ke Kolej Komuniti Pasir Gudang (KKPG) telah disambut dengan mesra oleh Encik Tahir Bin Leemat (Pengarah KKPG), pensyarah-pensyarah serta pelajar-pelajar pada 16hb Januari 2023 lepas.

Kunjungan dan lawatan ini adalah bertujuan untuk memperbicangkan dan memeterai kolaborasi masa hadapan diantara Yayasan Pasir Gudang (YPG) dan KKPG.

Kolaborasi ini tersangat penting, kerana ianya boleh membantu pelajar-pelajar yang telah menghabiskan pengajian di sini, menceburkan diri ke dalam dunia perniagaan dan akhirnya melahirkan usahawan muda dan berjaya demi meningkatkan ekonomi keluarga mereka.

Adun Permas Ke Kolej Komuniti Pasir Gudang - Program &Amp; Komuniti
Adun Permas Ke Kolej Komuniti Pasir Gudang - 4, UMNOPG

Di samping itu, kolaborasi ini juga bertujuan memfokuskan kebolehpasaran kepada pelajar-pelajar yang telah menghabiskan pengajian dengan cemerlang, untuk bersaing di dalam pasaran yang lebih tinggi dan kompetitif.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Pasir Gudang itu juga mendoakan kolaborasi ini berterusan untuk tempoh masa yang amat panjang, supaya dapat melahirkan pelajar-pelajar berkemahiran tinggi demi mencurahkan khidmat bakti di dalam negara kita khususnya Pasir Gudang.

Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
Pinterest
Scroll to Top