8 Febuari 2021- Wanita UMNO Bahagian Pasir Gudang hari ini membuat satu laporan polis terhadap buku kontroversi milik Tommy Thomas, Bekas Peguam Negara.
Datuk Hajah Normala Abdul Samad, Ketua Wanita UMNO Bahagian Pasir Gudang selesai membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam.
Buku milik bekas peguam negara itu menimbulkan kontroversi, mengundang kemarahan dan rasa tidak puas hati pelbagai pihak kerana disifatkan bertentangan dan melanggar sumpah jawatan.
Selain itu, buku terbabit turut menyentuh mengenai peristiwa 13 Mei 1969 yang didakwa ditulis dengan tidak bertanggungjawab tanpa mengira sensitiviti masyarakat, selain tuduhan yang bertujuan merendahkan bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein.