6 Febuari 2021- Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Naib Presiden UMNO merangkap Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang hadir menyempurnakan majlis sumbangan sempena Sambutan Tahun Baru Cina anjuran MCA Bahagian Pasir Gudang dan Pertubuhan Dewa Agama Buddha Chi Tian Si di Taman Scientex, Pasir Gudang.
Hadir sama En. Tan Tuan Peng, Ketua MCA Bahagian Pasir Gudang serta jawatankuasa Pertubuhan Dewa Agama Buddha Chi Tian Si
Memandangkan banyak isi rumah terjejas ketika ini, usaha ini diharap dapat membantu meringankan beban 1088 keluarga penerima dan membawa keceriaan kepada masyarakat Tiong Hua yang bakal menyambut Tahun Baru Cina tidak lama lagi.
Dalam masa yang sama, beliau terus menzahirkan untuk masyarakat Cina kembali memikirkan semula keadaan negara yang terjejas teruk 2 tahun di bawah Pakatan Harapan. Malah, ia juga menjadi sandaran untuk komponen seperti MCA terus bekerja kuat untuk menarik semula masyarakat Cina Bersama semula Barisan Nasional.
Ujarnya lagi, UMNO akan terus mempertahankan muafakat dan persepakatan bersama MCA melalui perjuangan dalam Barisan Nasional.
Pada tahun ini, masyarakat Cina akan menggantikan Tahun Tikus kepada Tahun Lembu yang membawa makna kerja keras, ikhlas dan positif. Semoga kemeriahan sambutan perayaan akan disambut dengan meriah walaupun sederhana untuk seluruh masyarakat Cina di negara ini.