Inisiatif Tablet Percuma Pemuda, Puteri, NGO Serta Syarikat Swasta Di Pasir Gudang

8 Febuari 2021- Kegembiraan jelas terpancar di wajah para pelajar apabila tablet percuma diagihkan kepada 50 keluarga yang kurang berkemampuan bagi memudahkan mereka mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Inisiatif yang digerakkan oleh Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Pasir Gudang turut mendapat kerjasama serta sumbangan dari pelbagai pihak antaranya ST Trenchless (M) Sdn Bhd, Az Megah Sdn Bhd, Gerakan Belia 4B Kawasan Pasir Gudang, dan Pertubuhan Mentari Johor.

Setiap para pelajar menerima tab berjenama Samsung yang diharapkan dapat membantu memudahkan proses pembelajaran mereka.

Disamping itu, usaha ini juga bagi memastikan para pelajar tersebut tidak tercicir daripada pendidikan sewaktu tempoh PKP ini.

Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
Pinterest
Scroll to Top