KAMPUNG MELAYU PANDAN: HAK MILIK TANAH & PREMIUM MAMPU BAYAR !!

Ahad lepas dengan disaksikan seluruh penduduk kampung,YAB Dato’ Mohamed Khaled Nordin menyerahkan sendiri Borang Notis 5A Hak Milik Tanah kepada 65 orang penduduk Kampung Melayu Pandan sekaligus mengakhiri penantian lebih 40 tahun penduduk di situ.

Penyerahan berkenaan adalah fasa pertamanya manakala seramai 131 keluarga lagi akan menerima tawaran masing-masing pada fasa penyerahan seterusnya iaitu setelah segala proses siap sepenuhnya.

Atas nama muafakat Johor, tidak lama lagi Kampung Melayu Pandan akan muncul sebagai perkampungan Melayu dalam bandar yang lebih tersusun dan dilengkapi kemudahan prasarana.

Untuk makluman sejak Pilihanraya Umum Ke 11 lagi, pembangkang telah menjadikan isu pembangunan semula kampung ini untuk menghasut penduduk dengan mengatakan kampung itu akan dibangunkan,rumah akan dirobohkan dan penduduk akan dipindahkan jauh dari kampung itu.DAP dan sekutunya terus mempermainkan isu ini hinggalah ke PRU 13 yang lalu.

Bagaimanapun saya yakin atas nama Bangsa Johor yang begitu tinggi setianya, penduduk di sini langsung tidak termakan fitnah dan hasutan pembangkang sebaliknya terus memberi sokongan penuh kepada UMNO.

Mereka membuktikannya melalui pemberian undi kepada calon BN. Nyata keputusan Pusat Daerah Mengundi (PDM) di sini mengembirakan dan menyebelahi BN dalam tiap pilihanraya.

Dan sebagai hadiah daripada kegembiraan itu sama ada percaya atau tidak tempohari dalam majlis yang penuh meriah bercampur syahdu,Menteri Besar yang juga Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang mengumumkan bahawa penduduk yang berjaya mendapat hak milik tanah ditawarkan premium paling rendah iaitu di bawah RM4,000 (60 tahun) dan RM8,000 (99 tahun) untuk keluasan 3500 kaki persegi.

Kurniaan yang pasti menjadi bualan anak cucu dan saudara mara di hari lebaran ini.Premium paling rendah setakad ini bagi perkampungan dalam bandar!

PASTIKAN DAP dan SEKUTUNYA TIADA TEMPAT DALAM KAMPUNG INI.Orang berbudi kita merasa,jadikan kampung ini wilayah BN sepenuhnya.

Kepada penduduk yang selama ini sering membawa pemimpin-pemimpin pembangkang ke dalam kampung ini untuk menghasut agar membenci kerajaan,kembalilah ke pangkal jalan.Berhentilah menjadi gagak yang hanya tahu memakan bangkai !

Kerajaan pro-rakyat yang diamalkan oleh BN/UMNO di Johor sentiasa mendengar suara hati rakyatnya.Perkara sedemikian tidak akan berlaku di negeri-negeri di bawah pentadbiran pembangkang terutama DAP dan sekutunya.

Di Pulau Pinang jangan harap kampung-kampung di kawasan bandar akan diberi hak milik,malah dihalau tanpa pembelaan.Apatah lagi di Selangor !

Kepada bangsa Johor yang setia,gunakanlah PRU-14 kali ini untuk bersama-sama team Johor memastikan DAP dan sekutunya tiada tempat di bumi Johor.Agar segala dasar pro-rakyat yang diamalkan kerajaan BN/UMNO di Johor dapat diterjemahkan dengan jayanya.

Terima kasih juga kepada Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) yang telah memudahkan proses hak milik tanah di Kg Melayu Pandan.Ternyata KPRJ bukan lagi phirana !!

Salam ramadan.

TUN MUTAHIRType a message

Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
Pinterest
Scroll to Top