ZOOM IN PASIR GUDANG – TUN MUTAHIR

Persempadanan semula kawasan pilihanraya umum tahun 2003/2004 telah menjadikan Parlimen Pasir Gudang sebagai satu kawasan baru yang kemudiannya muncul sebagai kawasan paling membangun dalam pelbagai aspek termasuk pendidikan dan agama.

Amat beruntung warga Pasir Gudang..tahniah kepada pengundi-pengundi dari parlimen ini kerana memiliki seorang Ketua UMNO bahagian yang diberi mandat sebagai Menteri Besar Johor.

Yang Amat Berhormat, Dato’ Mohamed Khaled Nordin, Menteri Besar Johor yang ke-15 gigih berusaha menjadikan bahagian ini setaraf dengan bahagian-bahagian lain di negeri Johor malah jauh lebih baik.

Berteraskan kepada pendidikan dan kebajikan sebagai agenda utama perjuangan UMNO Bahagian Pasir Gudang, Khaled yang sebelum ini Menteri Pengajian Tinggi membawa pelbagai idea dalam pembangunan pendidikan di sini.

Dari itu dapatlah kita lihat hari ini Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM, politeknik dan beberapa institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) megah berdiri dalam Bahagian Pasir Gudang.
Manakala bagi memastikan keperluan pendidikan sekolah rendah dan menengah cukup untuk menampung pertambahan pelajar-pelajar di sini, Khaled turut menambah dua buah lagi sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Taman Dahlia dan Sekolah Kebangsaan Taman Scientex.

Sebanyak 16 buah sekolah agama kini terdapat di Pasir Gudang yang mana tiga daripadanya telahpun beroperasi.

Bagi memenuhi keperluan umat Islam, terdapat sebanyak 95 masjid dan surau dibina di sini. Tiga daripadanya dibina sepanjang tahun 2005 hingga 2013 dengan jumlah peruntukan sebanyak RM12.8 juta.

Dulu sebelum jadi menteri besar, Khaled tak pernah malu nak hantar permohonan atau mendesak kerajaan pusat untuk dapatkan peruntukan pembinaan masjid dan sekolah.

Beliau juga mahukan sebuah hospital kerajaan di bina dalam kawasannya.
Alasannya adalah untuk kepentingan orang Pasir Gudang..untuk pengundi Pasir Gudang! Manakala kerajaan pusat jarang sekali menghampakan permintaan Khaled termasuklah permohonan menaiktaraf lebuhraya Pasir Gudang.

Hari ini kita lihat tiga (3) klinik 1Malaysia dan sebuah Kedai Rakyat 1Malaysia di Pasir Gudang.

Kerancakan ekonomi di sini berjaya meluluskan permohonan Khaled untuk menjadikan Perbadanan Pasir Gudang sebagai Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) pada tahun 2010. Tahniah, Khaled!

Malangnya pada PRU13 yang lalu wakil Barisan Nasional untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Jaya berjaya dibenamkan oleh wakil DAP manakala Parlimen Pasir Gudang sendiri menang tipis. Ketika itu DUN Permas Jaya juga membawa kemenangan yang tidak begitu memberangsangkan. Namun kemenangan ini amat bermakna bagi seluruh bangsa Johor!

Empat tahun telah berlalu..apa sumbangan wakil DAP di Johor Jaya? Cukup ke sekadar bersalaman di pasar malam untuk agihan limau dan kurma saja? Kalau itu cara mereka nak jaga rakyat dan pengundi kelakar bunyinya..NGO baru tubuh pun mampu lakukan! Bantu pendidikan pula sekadar pemberian beg dan baju sekolah.

Untuk orang Pasir Gudang khususnya pengundi bagi DUN Johor Jaya belajarlah apa yang telah kita lihat dan alami selama 4 tahun ini. Janganlah memperjudikan masa depan anak-anak. Insafilah..bayangkan andai BN kalah di Pasir Gudang dan tidak wujud pemimpin seperti Khaled di sini. Bagaimana nasib awak semua?

Demi PRU14 marilah sama-sama kita berganding bahu merapatkan saf dengan semangat muafakat dalam team Johor untuk memastikan Gagasan Johor Berkemajuan terus dilaksanakan. Kepada wakil-wakil rakyat sama ada daripada BN mahupun UMNO buang dan kikislah segala dendam dan prasangka buruk sesama kita. Bermuhasabahlah…

Jadikan Parlimen Pasir Gudang sebagai contoh kepada yang lain, walaupun kita sebenarnya satu bahagian yang baru terbentuk. Kerana bahagian ini adalah bahagian Menteri Besar kita..bahagian yang diketuai oleh ketua negeri kita yang pastinya menjadi tumpuan semua pihak.

Semoga bertemu kita pada siri seterusnya..

TUN MUTAHIR

Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
Pinterest
Scroll to Top