JOHOR JAYA,10 JULAI – Hampir 8,000 orang menghadiri Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Parlimen Pasir Gudang yang diadakan di Dewan Serbaguna Johor Jaya di sini.
Majlis dianjurkan bersama Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Pasir Gudang dengan kerjasama UMNO bahagian Pasir Gudang
Dengan bertemakan ‘Sejahtera Pasir Gudang’, pelbagai masyarakat hadir pada majlis rumah terbuka tersebut dan menunjukkan permuafakatan yang terjalin erat antara mereka.
Majlis turut diserikan lagi dengan kumpulan marhaban dari PDM yang terdapat di dalam Parlimen Pasir Gudang.
Turut hadir YAB Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang merangkap Menteri Besar Johor.