TAMAN RINTING, 3 JUN – Seramai lebih 30 orang anak yatim hadir di Pejabat UMNO Bahagian Pasir Gudang bagi mendapatkan khidmat gunting rambut percuma bermula dari jam 9 pagi hingga 12 tengahari yang dianjurkan oleh Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang.
Menurut saudara Firdaus Che Aman, AJK Pemuda Bahagian, dia merasai apa yang anak anak tersebut alami kerana nasibnya juga sama seperti anak tersebut.
Suasana disekitar program yang dijalankan sangat meriah dengan gelak tawa tanpa ada jurang yang wujud antara pemuda dan anak-anak tersebut.
Sasaran seramai 50 orang anak yatim sekitar Pasir Gudang akan hadir dalam Program Raya Bergaya tersebut sehingga jam 5 petang.
Turut hadir Tuan Hj Rahim bin Abdul Latif, Naib Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang.