Raikan Aidilfitri Dengan Kemaafan Setulus Hati – Khaled

TAMAN SAUJANA, 4 JUN – Menjelang Aidilfitri beberapa hari lagi, Dato’ Mohamed Khaled Nordin, Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang merangkap Menteri Besar Johor menegaskan agar pemimpin dan rakyat di negara ini terus bermuafakat bersatu hati serta menolak perbezaan dan kekhilafan yang pernah mencalar hubungan sesama sendiri.

“Jangan biarkan kemarahan dan keegoan yang berpanjangan membunuh rasa kasih sesama manusia. Apatah lagi atas sebab perbezaan pendapat dan ideologi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ucapan Hari Raya Aidilfitri hari ini. Tambahnya lagi, ia seharusnya diisi dengan nilai dan perkara yang baik selain menghulur dan memberi kemaafan setulus hati.

“Pohonlah ampun dari kedua-dua ibu bapa kita, yang dari keredhaan mereka itu, akan terbitlah segala keberkatan, ketenteraman dan nikmat dalam kehidupan.”

“Agar yang berseteru kembali bersatu. Agar yang jauh kembali dekat dan rapat. Agar yang berselisih kembali jernih. Suburkan kembali nilai kekeluargaan dan silaturrahim yang selama ini mengikat kita semua”

“Agar ia terus diberkati, agar segenap pemimpin dan rakyatnya akan terus bersatu hati, mengetepikan sebarang perbezaan dan kekhilafan yang pernah mencalar hubungan sesama kita” katanya.

Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
Pinterest
Scroll to Top