AIR BIRU, 2 JUN – Senarai penerima 24 org terdiri daripada ibu tunggal, fakir miskin, mualaf, orang kelainan upaya serta pesakit kronik dibantu. Bantuan disampaikan oleh Ketua Cawangan dan Ketua-ketua sayap UMNO Caw Perjiranan 9.
Antara barang keperluan yg disumbangkan seperti beras, minyak masak, gula,milo, teh, susu pekat dan wang tunai.
Sudah menjadi amalan UMNO Pasir Gudang mengadakan majlis berbuka puasa di surau serta menyerahkan bantuan kepada saudara-saudara kita yang memerlukan.
Sumbangan yang diberikan hasil dari pelbagai pihak yang ingin membantu mereka yang memerlukan dalam meringankan bebanan mereka pada bulan ramadhan ini.
UMNO mesti menjadikan Islam dan politik yang kita perjuangkan dan dukung membuahkan sebuah masyarakat, dan sebuah negara yang benar–benar aman agar segala kesenangan dapat dikongsi atas nama permuafakatan yang dibina.