TAMAN SCIENTEX, 10 JUN – Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang, YAB Dato’ Mohamed Khaled Nordin hadir pada Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan Kebajikan di Surau Darul Salam, Jalan Kenari, Taman Scientex serta Majlis Moreh di Surau Abdul Rahman Auf, Taman Scientex
Beliau juga menyampaikan bantuan berupa barangan keperluan harian selain wang tunai kepada 21 orang kurang berkemampuan yang tinggal di kawasan sekitar kedua dua surau tersebut.
Kedua-dua surau ini merupakan destinasi pertama dalam Program Ramadan Menteri Besar Johor yang berlansung sepanjang bulan Ramadan anjuran UMNO Pasir Gudang.
Sudah menjadi amalan UMNO Pasir Gudang mengadakan majlis berbuka puasa di surau serta menyerahkan bantuan kepada saudara-saudara kita yang memerlukan.
Sumbangan yang diberikan hasil dari pelbagai pihak yang ingin membantu mereoa yang memerlukan dalam meringankan bebanan mereka pada bulan ramadhan ini.