PASIR GUDANG – Seramai 110 orang warga emas mendapat bantuan cermin mata yang dianjurkan oleh Tom’s Optical dengan kerjasama UMNO Bahagian Pasir Gudang.
Kedai yang terletak di Mydin Taman Rinting terbabit menerima kira-kira 20 orang pengunjung seawal jam 10 pagi waktu beroperasi.
Menurut pemilik kedai Tom’s Optical tersebut, Saudara Rohaizat Rassdian bin Mohamed, sumbangan tersebut merupakan pendekatan terbaik yang amat signifikan dalam membantu warga emas memiliki keperluan berkenaan.
Bantuan disampaikan seawal jam 10 pagi dan tamat pada jam 4 petang dengan kehadiran warga emas yang sangat berterima kasih kepada usahawan muda berkenaan kerana prihatin terhadap mereka.
Ini merupakan satu contoh terbaik yang boleh diambil oleh usahawan muda lain untuk menyumbang pada mereka yang memerlukan.