31 MASJID, 68 SURAU DALAM PARLIMEN PASIR GUDANG TERIMA SUMBANGAN

PASIR GUDANG, 5 JUN – Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang, Dato’ Mohamed Khaled Nordin menyampaikan sumbangan kepada surau dan masjid dalam kawasan parlimen Pasir Gudang sempena Ramadan di Pejabat UMNO Pasir Gudang, Taman Rinting, hari ini.

Sebanyak 31 masjid dan 68 surau kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Jaya dan Permas menerima sumbangan sebanyak RM1,000 dan RM500 dengan jumlah keseluruhan sumbangan RM65,000.

Peruntukan untuk majlis berbuka dan moreh juga diberikan dengan jumlah sebanyak RM16,000.

Hadir sama, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Normala Abdul Samad, Pengerusi Koperasi Melayu Pasir Gudang Berhad, Rozlan Abu Bakar dan Pengerusi Biro Agama UMNO Bahagian Pasir Gudang, Ishak Mohd Yusoff.

Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
Pinterest
Scroll to Top