KOPERASI MEMBERI PERKHIDMATAN KEPADA AHLI

PASIR GUDANG, 4 MEI – Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin hadir merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Pelabuhan Johor Berhad (KPJB) ke-29 di Hotel Selesa Pasir Gudang, sebentar tadi.

Matlamat utama Koperasi adalah memberi perkhidmatan ahli. Seperti menyediakan pinjaman peribadi yang tidak disediakan oleh pihak bank.

“Kerajaan negeri mengiktiraf peranan koperasi dan sentiasa mempunyai tempat dalam skim pembangunan dan kemajuan yang Johor akan lakukan.”

“Koperasi mampu meningkatkan kesejahteraan rakyat dan kemajuan negeri dalam mencapai matlamat Gagasan Johor Berkemajuan dimana Pembangunan mesti berkembang bukan sahaja di peringkat negara malah di peringkat global.” katanya

KPJB merupakan koperasi yang melibatkan kakitangan tetap Johor Port Berhad, JP Logistics Sdn Bhd dan Lembaga Pelabuhan Johor dengan jumlah keseluruhan ahli seramai 950 orang.

Turut hadir, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Johor, Muriddan Alias, Ketua Pegawai Eksekutif Johor Port Bhd, Shahrull Allam Shah Abdul Halim dan Pengerusi KPJB, Abdul Razak Yaacob serta lebih 500 ahli koperasi.

Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
Pinterest
Scroll to Top