PERUTUSAN HARI PEKERJA OLEH YAB MENTERI BESAR JOHOR

Negara tidak akan dapat mencapai kejayaan dan kesejahteraan tanpa dedikasi, komitmen dan iltizam yang jitu daripada seluruh warga pekerjanya.

Saban tahun, kita menyambut hari yang penuh bermakna ini sebagai menghargai dan mengiktiraf segala sumbangan para pekerja yang saban masa, terus membangunkan tanahair tercinta.

Dalam usaha membangunkan Negeri Johor, Kerajaan Negeri telah perkenalkan gagasan Johor Berkemajuan yang merupakan asas terbaik buat kesejahteraan dan kemakmuran rakyat.

Namun, tanpa sokongan dan komitmen warga pekerja yang mempunyai daya produktiviti, daya saing, keanjalan kemahiran dan pengetahuan yang tinggi, gagasan itu tentunya sukar direalisasikan.

Johor yang berkemajuan akan tetap mengalu-alukan pendiri dan pengukuh ekonomi dan kemakmuran negerinya. Andalah “Pekerja Berkemahiran, Pengerak Ekonomi”

Bagi pihak Kerajaan Negeri, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua warga pekerja yang sentiasa tekun berkhidmat demi membina Johor yang lebih gemilang.

Selamat Hari Pekerja.

MOHAMED KHALED NORDIN

Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
Pinterest
Scroll to Top