PKR PASIR GUDANG AKUI PEMBANGUNAN DIBAWA UMNO PASIR GUDANG

Img-20160312-Wa0023

20160312_100003

PASIR GUDANG, 13 Mac 2016 – Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang yang diketuai Ketua Pemudanya, Azman Ja’afar telah mengadakan sesi dialog santai terjah bersama Ketua Cabang PKR Pasir Gudang dan beberapa pemimpin parti pembangkang itu, di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang, dekat sini, hari ini.

Dalam perjumpaan tersebut, pimpinan parti pembangkang itu akur serta mengakui kemajuan yang dibawa oleh UMNO di Pasir Gudang, khususnya oleh Dato’ Mohamed Khaled Nordin selaku Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang.
UMNO, ujar mereka, telah mampu membangunkan Pasir Gudang menjadi sebagai satu pusat perindustrian yang besar.

Sesi dialog yang berlangsung hampir 30 minit itu berjalan dengan baik, dalam suasana aman.

Sebelum itu, sayap pemuda UMNO Pasir Gudang turut mengedarkan akhbar Jauhar kepada orang ramai.

Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
Pinterest
Scroll to Top