Dewan Taman Molek Siap Untuk Digunakan

Dewan Taman Molek Siap Untuk Digunakan
Dewan Taman Molek Siap Untuk Digunakan - 2, UMNOPG

TAMAN MOLEK, 14 MAC –  Peningkatan Infrastruktur kemudahan awam sememangnya penting dan menjadi medan utama sesebuah kerajaan dalam mengadaptasikan impian negeri menjadi  pusat kemasyarakatan baru di kawasan Parlimen Pasir Gudang serta pembangunan perpaduan kesihatan dan kesejahteraan masyarakat setempat.

Sehubungan itu, dalam mencapai matlamat Gagasan Johor Berkemajuan, Kerajaan negeri telah  menambah satu lagi kemudahan dewan besar di kawasan Taman Molek.

Dewan Taman Molek yang berkeluasan 500 m persegi yang terletak di DUN Johor Jaya ini menelan kos pembinaan sebanyak RM 2.53 juta telah siap pada awal Februari yang lalu dan telah diserahkan kepada Pengerusi Jawatan Kuasa Penduduk Taman Molek. Prasarana ini juga dilengkapi surau dan bilik vip serta dapat menampung 200 org pada satu masa.

Kerajaan Negeri Johor berharap penduduk setempat dapat menjaga dan menyelenggara kemudahan yang telah disediakan ini dengan baik.

Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
Pinterest
Scroll to Top