Unit Media Baru & IT Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang telah mengambil inisiatif dengan membuka gerai mini bagi membantu masyarakat setempat yang ingin mengemaskini BR1M.
Seramai 700 orang penerima BR1M yang ingin mengemaskini dan membuat permohonan baru secara dalam talian dan mengemaskini borang secara manual telah dibantu sepanjang 6 hari jelajah bermula pada hari Selasa 19 Disember 2016 hingga 28 Disember 2016 di Rumah Pangsa MMHE, Perjiranan 9 dan berakhir di Laman Tasek Pandan.
Langkah ini sedikit sebanyak dapat membantu penduduk setempat yang tidak tahu cara mengemaskini borang atas talian dan cara mengisi borang secara manual.
Menurut seorang penerima BR1M yang dibantu oleh Unit Media Baru & IT Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang, dia amat berterima kasih kepada Pihak Pemuda UMNO kerana mengambil langkah pantas bagi membantu mereka yang lemah dalam penguasaan komputer terutama warga emas.