Telah berlangsung hari terbuka Pusat Aktiviti Warga Emas Parlimen Pasir Gudang yang disempurnakan oleh YB Hajah Normala Binti Abdul Samad pada 27 Disember 2015 di Jalan Meranti 8, Taman Rinting, Masai. Pelbagai aktiviti telah diadakan diantaranya simulasi makanan sihat dan pemeriksaan kesihatan percuma. Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) ini ditubuhkan untuk menyediakan kemudahan kepada warga emas menjalani aktiviti terutama yang tinggal bersendirian semasa ahli keluarga/penjaga tiada di rumah atau keluar bekerja.
“Sejahtera Pasir Gudang”
“Muafakat Johor”
“Perpaduan Teras Kejayaan”