Program Kemahiran Belia dan Wanita Berpendapatan Rendah Siri 2 telah berlangsung pada 28 Disember 2015 dengan kerjasama P159 Ahli Parlimen Pasir Gudang dan YPKDT. Inisiatif YB Hajah Normala dalam membantu dan menyokong Yayasan Pasir Gudang dengan menaja peserta-peserta dari Yayasan Pasir Gudang bagi mengikuti program ini telah memberi impak positif dalam pembangunan kemahiran untuk belia dan wanita khususnya. Seterusnya melalui program ini juga diharapkan dapat mengurangkan kos sara hidup sedia ada dengan menambahkan pendapatan golongan berpendapatan rendah.
“Sejahtera Pasir Gudang”
“We Care What We See”
“Muafakat Johor”