Kg. Baru Masai, 31 Disember: Terdapat 8 buah rumah telah diberikan bantuan berupa barangan keperluan asas seperti beras, meehoon, dan pakaian serta wang tunai untuk kelangsungan hidup mereka. Selain itu, terdapat bantuan berupa persediaan persekolahan seperti beg sekolah bagi keluarga yang kurang berkemampuan untuk menanggung belanja persekolahan anak mereka. Bantuan ini merupakan tajaan bersama Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) dengan kerjasama Biro Kebajikan UMNO dan Pemuda Bahagian Pasir Gudang serta Ketua Cawangan Masai, Hj Marijan bin Mardi.
Pihak UMNO Bahagian Pasir Gudang berharap agar usaha-usaha murni dalam membantu masyarakat setempat khususnya di Pasir Gudang tidak dipandang sepi dan semoga keluarga yang telah menerima bantuan tabah dalam mengharungi kehidupan yang lebih baik.
“Muafakat Membawa Berkat”