UMNO BAHAGIAN PASIR GUDANG telah mengadakan satu jamuan makan malam dan majlis penyerahan cek peruntukan kepada 47 penerima yang terdiri daripada sekolah agama, surau, krt dan beberapa buah persatuan.
Selain itu, seramai 10 orang pelajar cemerlang percubaan SPM dalam subjek matematik dan sains menerima bantuan sebanyak RM 2700 serta mendapat penajaan pengajian pra diploma.
Majlis diserikan dengan kehadiran 140 orang tetamu yang hadir dari pelbagai kaum. Hasrat YAB Menteri Besar Johor Dato’ Mohamed Khaled Bin Nordin untuk melihat peruntukan yang diluluskan bagi setiap penerima akan benar-benar dapat di manfaatkan oleh semua masyarakat dan bukan pada individu tertentu.