JAWAPAN KEPADA ADUN BUKIT BATU

Satu sidang media telah diadakan 16 Disember 2015 oleh YB Jimmy Puah Wee Tse ADUN Bukit Batu yang  juga merupakan Ketua Biro Guaman PKR Johor berkenaan Projek Perumahan Mampu Milik Johor di Taman Megah Ria Masai yang terbengkalai atas nama pemaju Cresendo Land.

Menurut MBJB, Tapak projek cresendo ini masih belum mempunyai nama taman kerana pihak pemaju masih belum menghantar permohonan nama taman. Sebanyak 880 unit kos rendah
RMMJ, 145 unit PKJ B dan 63 unit PKJ A menjadikan jumlah keseluruhan 1088 unit (berstrata) manakala 766 Unit selain kos rendah.

Manakala menurut pihak MBJB pula, YAB Menteri Besar Johor telah mengadakan majlis pecah tanah tetapi tarikh sebenar pembinaan masih BELUM dapat dipastikan.
 
Pihak pemaju juga telah berjumpa YAB  Menteri Besar Johor dan YB Dato EXCO Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor bagi menyatakan pihak pemaju mempunyai  masalah dgn PTG (Pejabat Tanah dan Galian) bagi pembayaran premium tanah.

FAKTANYA, Sejumlah 1088 unit kos rendah ini  tidak termasuk di dalam jumlah 60  ribu lebih sasaran siap bina sehingga 2018 seperti mana yang dinyatakan oleh ADUN PKR tersebut, ini kerana rekod pemaju ini bukan dalam kategori pemaju bermasalah dimana tiada unit selain kos rendah telah siap bina pada peringkat awal proses analisis maklumat Taskforce perumahan dijalankan.

Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
Pinterest
Scroll to Top