MAJLIS PECAH TANAH RMMJ TELUK PERMATA

20151213_090135

20151213_090324

20151213_092234

Img-20151214-Wa0002

Kerajaan Negeri Johor menerusi Perbadanan Islam Johor akan melaksanakan projek Rumah Mampu Milik Perbadanan Islam Johor Teluk Permata, Pasir Gudang. Majlis pecah tanah telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Mohamed Khaled Bin Nordin ADUN Permas Jaya merangkap Menteri Besar Johor.

Tanah seluas 49 ekar tersebut pernah dirasmikan oleh Menteri Besar Johor sebelum ini pada tahun 2009 dan akan diteruskan oleh Kerajaan Negeri Johor bagi memastikan masyarakat kurang berkemampuan untuk memiliki rumah dikawasan bandar.

Pembangunan Rumah Mampu Milik Teluk Permata mengambil masa kira-kira 30 hingga 36 bulan untuk disiapkan sekiranya projek penambakkan tanah siap sepenuhnya. 15 ekar tanah rezab melayu telah diwartakan manakala selebihnya tanah jenis komersial yang akan dibangunkan dipersisiran pantai Johor Bahru dan Pasir Gudang.

Kerajaan Negeri sentiasa peka terhadap masalah yang dihadapi oleh rakyat dalam isu peningkatan kos sara hidup. Pelbagai langkah telah diambil bagi memastikan bukan sahaja masyarakat melayu, malah masyarakat cina dan india juga terbela atas nama Muafakat Johor.

Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
Pinterest
Scroll to Top