KEDAI HARGA PATUT imCoop

20151128_105412

20151128_101928

20151128_105648

20151128_105443

KOTA MASAI : Koperasi Iskandar Malaysia Berhad (imCoop) telah ditubuhkan pada 14 November 2014. Diilhamkan dengan misi untuk membantu menangani kos sara hidup dan mengurangkan jurang ekonomi rakyat terutamanya di Johor . Hari ini, dengan kepelbagaian kaedah peruncitan dan rantaian bekalan yang canggih yang menyediakan pelbagai keperluan dan kepentingan Rakyat daripada semua jenis keperluan.

Seramai 6500 ahli yang terdiri dari golongan tidak berkemampuan ditaja oleh PBT berjumlah RM 1.3 juta dan ahli koperasi bakal menikmati potongan harga sebanyak 3%. 20 cawangan kedai harga patut muafakat johor dibuka dan 150 kedai dijangka dibuka menjelang 2017.

Ahli koperasi juga bakal menerima dividen pada setiap tahun bergantung pada kira-kira yang akan diishtihar oleh pihak IMCoop. Kerajaan Negeri Johor juga telah memberi suntikan dana sebanyak RM 2 juta ringgit.

Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
Pinterest
Scroll to Top