Pada Pada 29 November 2015, telah diadakan satu Taklimat dan Sesi Soal Jawab bersama SAJ Berkaitan Isu Catuan Air Pasir Gudang serta Majlis Penyerahan Bantuan 1 Azam Parlimen Pasir Gudang. Majlis ini telah berlangsung dari jam 10 pagi hingga 12 tengahari bertempat di pekarangan hadapan Pejabat Parlimen Pasir Gudang.
Sebanyak 52 orang penerima bantuan 1 Azam dalam kawasan parlimen Pasir Gudang telah menerima bantuan keperluan bagi kelangsungan hidup mereka yang disempurnakan oleh YB Hajjah Normala Abd Samad, Ahli Parlimen Pasir Gudang.
Manakala dalam sesi soal jawab bersama SAJ terdapat pelbagai respon positif untuk penambahbaikan masalah bekalan air yang menjadi isu dalam kalangan rakyat Pasir Gudang waktu ini.
Selaras dengan moto Parlimen Pasir Gudang iaitu ‘Sejahtera Pasir Gudang’ sesi soal jawab sebegini perlu diadakan selalu bagi memberi pencerahan kepada seluruh warga Pasir Gudang.