Festival Trak Johor 2015 merupakan majlis yang julung kalinya diadakan di negara ini dan merupakan perintis pada kawasan-kawasan sasaran lain. Matlamat utama karnival ini diadakan untuk membantu masyarakat yang berpendapatan rendah membeli barangan keperluan jauh lebih rendah kerana jualan yang dipasarkan secara terus dari kilang.
Kerajaan Negeri sentiasa prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh masyarakat seperti pembinaan Rumah Mampu Milik Johor yang boleh dibeli serendah RM40 Ribu, RM80 Ribu serta RM150 Ribu dan ia tidak seperti kerajaan negeri lain. Seperti Kerajaan Negeri Selangor, rumah mampu milik yang disediakan bernilai RM200 Ribu seunit.
Selain itu, Kerajaan Negeri Johor menerusi Bajet Johor 2016 juga telah memperuntukkan sebanyak RM11 Juta bagi memperkasa sektor perkhidmatan bas awam yang diberi nama JB Dihatiku. Ia bertujuan mengurangkan perbelanjaan orang awam disekitar bandar yang berada di bawah Wilayah Iskandar Selatan.
Festival yang diadakan selama 3 hari bermula hari ini mendapat sambutan hangat dari orang ramai sekitar Pasir Gudang. Pada Sebelah malam pula, para pengunjung akan dihiburkan dengan kehadiran artis jemputan seperti Effa Radziah.