Pada 10.10.2015, seluruh negara menyambut Hari Sukan Negara yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan di bawah kendalian YB Khairy Jamaludin selaku Menteri Belia dan Sukan.
Oleh itu, UMNO cawangan Perjiranan 9 dengan kerjasama KRT Perjiranan 9 dan JPP Zon Air Biru 3 menyahut cabaran untuk melakukan aktiviti di kawasan cawangan perjiranan 9.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah sepak takraw, futsal penalty kick dan bola jaring. Kira-kira 150 orang belia dan penduduk setempat hadir memeriahkan acara tersebut. Aktiviti sebergini juga dapat merapatkan lagi ukhwah dan silaturrahim antara penduduk pelbagai usia.