Seramai 50 orang belia yang meminati sukan lasak telah mengambil bahagian dalam International Skate Competition and Extreme Sports sempena Hari Sukan Negara bertempat di Laman Ekstrim Pasir Gudang. Pertandingan berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang dan antara acara yang dipertandingkan adalah acara ‘skateboard’, ‘roller blade’ dan ‘bmx freestyle’.
Majlis pemberian hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh En. Noor Azleen bin Ambros selaku Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang juga merupakan Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang, En. Shahrul Akmal bin Johari selaku Pengurus Yayasan Pasir Gudang, En. Mohd Hafiz bin Abdul Hamid selaku pegawai MPPG dan En Kimie selaku Organisasi Papan Selaju Johor.
Aktiviti lasak yang dipertontonkan sangat professional selain pengalaman mereka dalam bidang sukan lasak yang begitu mendalam.
Hasrat YAB Menteri Besar Johor juga selaku Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang menginginkan setiap belia di Pasir Gudang aktif dan kreatif kerana mereka merupakan pemacu masa depan negara.