SEMINAR MEREKAYASA PERJUANGAN DAN MEMAHAMI PEMIKIR PENDIRI BANGSA

Img-20151009-Wa0032

Img-20151009-Wa0030

UMNO sebagai pertubuhan politik perlu merangka pelbagai agenda dan bergerak berasaskan pemikiran terkini. Dasar-dasar baharu perlu diteroka, manakala dasar-dasar sedia ada perlu direkayasa lantas disusun menjadi strategik agar ianya mendasari perjuangan orang Melayu pasca moden.

Atas kesedaran itu, Ba’it Al-Amanah ditubuhkan. Ianya dimiliki sepenuhnya oleh UMNO Johor. Kita mahu menjadi parti yang moden, pilihan masyarakat, tidak lemas dengan gelombang globalisasi dan disarati dengan idea-idea baharu dan segar yang bersandarkan dengan data emperikal demi kepentingan bangsa.

Inilah tekad dan ikhtiar pengislahan kita melalui penubuhan Ba’it Al-Amanah sebagai sebuah institut pemikir yang pastinya akan menjadi sebahagian daripada lipatan sejarah perjalanan UMNO Johor dan merupakan hadiah UMNO untuk bangsa dan negara.

YAB Dato’ Mohamed Khaled Nordin
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor sempena pelancaran Ba’it Al-Amanah
9 Oktober 2015

Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
Pinterest
Scroll to Top