Forum Khusus Untuk Membincangkan Hala Tuju Persuratan Melayu

Bagi memastikan Persuratan Melayu ini terus hidup bukan sahaja di Johor, saya fikir sebuah Pusat Persuratan Melayu Nusantara perlu diwujudkan dengan Johor sebagai pusat utama. Bagi memastikan Pusat Persuratan ini benar-benar bergerak; saya rasa suatu forum khusus antara Johor, Riau, Kepulauan Riau dan Singapura perlu diadakan. Saya cadangkan nama sebagai Forum Selatan. Forum ini perlu membincangkan hala tuju Persuratan Melayu di nusantara, pemerkasaannya, menggerakkan budaya Melayu, dan pemikir Melayu melalui tulisan.

Kita wajar mempromosikan Persuratan Melayu agar dikenali di rantau ini mahupun di seantero dunia. Saya fikir bahasa yang ditutur lebih 300 juta orang di dunia ini perlu dipertahankan; malah menjadi bahasa utama yang digunakan dalam Persidangan-persidangan rasmi di rantau ini suatu masa nanti. Adakah ini sesuatu yang mustahil? Atas nama pejuang persuratan; perkara ini merupakan suatu cabaran yang wajar disahut lebih-lebih lagi dalam era moden yang mengangkat bahasa Inggeris.

Dalam gerakan seterusnya; untuk memastikan pengembangan budaya ini tidak terhenti di sini; saya fikir Johor Bharu dan Tanjung Pinang serta Pekan Baru boleh dijadikan sebagai Bandar Kembar Persuratan Melayu.

Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
Pinterest
Scroll to Top