Johor Tapak Perkembangan Persuratan Melayu

Johor pernah menjadi tapak berkembangnya persuratan Melayu di Kepulauan Melayu malah kita tidak akan lupa yang DBP sebenarnya telah ditubuhkan di negeri Johor iaitu di Johor Bharu; hasil Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu pada tahun 1956. Pengarah pertamanya juga orang Johor; iaitu Prof. DiRaja Ungku Aziz, yang terus mempromosikan pantun Melayu hingga kini. Dari Mejar (B) Dato’ Muhd Said Sulaiman sebagai penggerak bahasa Melayu, Allahyarham Datuk Hassan Ahmad sebagai pejuang bahasa Melayu dan kini, kita mempunyai Datuk Dr. Awang Sariyan, yang dikenali sebagai tokoh bahasa Melayu di negara ini, hinggalah ke Sasterawan Negara, Datuk Usman Awang; Johor tidak pernah ketandusan melahirkan para sasterawan dan pencinta bahasa. Antaranya Allahyarham Gunawan Mahmood, Zam Ismail, Adibah Amin, Khadijah Hashim, sehingga kepada generasi baharu Dr. Shamsuddin Othman, WB Rendra, Dr. Talib Samat dan HM Tuah Iskandar. Kita melahirkan Allahyarham Pak Shahrom Husin, dan Allahyarham Pak Matlob budayawan yang tiada tolok bandingnya. Malah, Johor turut pernah melahirkan Tokoh Warisan Orang Hidup, Allahyarham Hj. Ali Badron. Pendek kata, ini semua membuktikan Persuratan Melayu Johor telah bermula dan berkembang giat sejak dahulu lagi.

Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
Pinterest
Scroll to Top