Perkukuh Muafakat Dikalangan Ahli UMNO

Kepimpinan Umno bahagian perlu mengetepikan kepentingan diri atau kumpulan individu tertentu sebaliknya memperkukuh muafakat dikalangan ahli sekaligus menjadikan kepentingan parti sebagai asas perjuangan mereka dalam usaha berterusan menguatkan jentera parti dan meletakkan komitmen yang tinggi terhadap usaha mempertahankan Johor habis-habisan daripada jatuh ke tangan pakatan pembangkang pada PRU14. Kita perlu buktikan pada pembangkang bahawa bukan mudah untuk menawan Negeri Johor.

Saya tidak boleh bergerak berseorangan, saya perlu sokongan bahagian sebagai akar umbi perhubungan Umno negeri, bahagian pula bergantung kepada masyarakat yang menjadi kekuatan di peringkat akar umbinya.

Pada masa yang sama, mereka perlu turun ke bawah, mengesan permasalahan rakyat untuk diatasi dari segera, bukan menunggu bila tiba tarikh pilihan raya umum baru hendak bertindak.Setiap pimpinan bahagian perlu ada tanggungjawab dan beramanah.

Kepimpinan di bahagian perlu menilai sama ada Umno kekal relevan di kalangan masyarakat dan merangka strategi parti dalam usaha mengekalkan Barisan Nasional (BN) kekal berkuasa di Johor. Jika kepimpinan bahagian berjuang mengikut landasan yang betul, semua calon-calon BN yang akan dicalonkan pada pilihan raya umum akan datang dapat mencapai kemenangan.

Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
Pinterest
Scroll to Top