Pendapat mengenai isu rang undang – undang oleh Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Pasir Gudang

Pasir Gudang : 8.00malam.Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang, Azleen Ambros dalam kenyataannya mengenai cadangan penubuhan Lembaga Perumahan oleh Kerajaan Negeri Johor,

Bagi saya isu ini sengaja disensasikan oleh sesetengah pihak bagi menggagalkan usaha Kerajaan Negeri untuk menubuhkan sebuah Lembaga Perumahan yang mempunyai bidang kuasa yang lebih menyeluruh dan bersepadu dalam hal-hal perumahan dan hartanah untuk rakyat. Katanya’

Ini kerana, sejak isu ini timbul, banyak pihak masih tidak jelas mengenai asas-asas dan justifikasi penubuhan lembaga tersebut yang antara lain akan memastikan agenda penyediaan rumah mampu milik untuk rakyat dapat dirancang dan dilaksanakan dengan lebih tersusun dan sistematik, di samping fungsi lembaga untuk merangka pelan jangka masa panjang bagi meningkatkan pemilikan dan ekuiti Bumiputera dalam sektor hartanah. Katanya’

Selain itu, lembaga juga akan mempunyai elemen penguatkuasaan yang lebih jelas kepada mana-mana pemaju perumahan dan hartanah di negeri Johor – demi untuk memastikan kepentingan rakyat dapat terus dipelihara. Selama ini, Johor mempunyai Dasar Perumahan Rakyat Johor yang antara lain menetapkan kuota 40% untuk pembinaan rumah kos rendah dan mampu milik bagi satu-satu kawasan pembangunan bercampur. Katanya’

Namun demikian, disebabkan oleh lemahnya aspek penguatkuasaan, kita boleh lihat lebih 180,000 rumah mampu milik yang telah lulus Kebenaran Merancang oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak dibina oleh pemaju untuk memenuhi keperluan rakyat dan akhirnya menyebabkan rakyat menjadi mangsa. Inilah peluang yang Kerajaan Negeri akan gunakan untuk memastikan Dasar Perumahan Rakyat Johor tersebut bukanlah hanya cantik dari segi falsafahnya, malah aspek pelaksanaannya juga akan berjaya. Katanya’

Oleh itu, kita janganlah terperangkap dengan usaha-usaha yang cuba dilakukan oleh sesetengah pihak dalam menggagalkan usaha Kerajaan Negeri Johor untuk menubuhkan Lembaga Perumahan & Hartanah ini. Mereka hanya sekali sahaja menggunakan platform Malaysia Kini untuk mengeksplotasi perkara ini, sehingga menyebabkan seluruh masyarakat berselerak dengan komen dan pandangan masing-masing dalam pelbagai platform, tanpa kita sedar yang matlamat penubuhan Lembaga tersebut mempunyai hasrat murni dan matlamat yang lebih besar untuk manfaat jangka masa panjang khususnya untuk rakyat Johor. Katanya’ – Azleen Ambros, Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang.

Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
Pinterest
Scroll to Top