Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor telah meluluskan Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor 2014

NUSAJAYA: Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor semalah telah meluluskan Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor 2014 selepas lebih tiga jam dibahaskan.

Rang Undang-Undang itu diluluskan selepas dibahaskan lebih tiga jam termasuk oleh lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) iaitu lima wakil kerajaan Barisan Nasional (BN) dan tiga wakil pembangkang, dengan masing-masing diperuntukkan masa kira-kira 10 minit.

Menteri Besar Johor. YAB, Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin katanya selepas persidangan, Saya menghargai semua maklum balas dan tetap bersangka baik.

Saya teruskan juga pembentangan ini kerana bedasarkan komen – komen mereka tidak tahu apa yang mereka cakap dan keliru hasil fakta yang mengelirukan bertujuan untuk melewat lewatkan usaha kerajaan untuk segera bertindak menyelesaikan masalah rakyat.
Tidak perlu mana mana pihak meragui keikhlasan kita untuk memperjuangkan dan melindungi hak rakyat.

Jika Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor ini dilihat bercanggah dengan sistem Raja Berpelembagaan, maka Enakmen Perbadanan Johor serta beberapa akta di peringkat Persekutuan seperti Akta Suruhanjaya Koperasi, Bank Negara dan beberapa lagi yang memberi kuasa lantikan kepada YDPA juga seharusnya dilihat bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah tidak melanggar konsep raja berperlembagaan yang diamalkan di negara ini kerana akan dibacakan bersama Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor dan kuasa eksekutif itu adalah seseorang yang mendapat mandat dari rakyat

Bagi elak kekeliruan dan tohmahan dan bagi memelihara prinsip raja berpelembagaan di Negeri Johor, dan beberapa pindaan peranan raja hanya untuk melantik atas nasihat Menteri Besar. Itu sahaja yg menyentuh berkenaan raja walaupun enakmen sebegini pernah diluluskan oleh kerajaan negeri sebelum ini dan akta-akta di peringkat persekutuan.

Ini semua kita buat untuk rakyat demi rakyat bagi rakyat. Ingin saya tegaskan bahawa belum pernah dalam sejarah anak Johor tunduk dan mengalah hadapi cabaran

Muafakat membawa berkat
Kepada Allah Berserah

Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
Pinterest
Scroll to Top