Permas, 9.30pagi. YAB. Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin tidak berganjak dari kenyataan beliau semalam di program Explore Johor, senai berkenaan isu yang telah di gembar gemburkan oleh Malaysiakini mengenai rang undang – undang yang akan di bentangkan ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada isnin ini. YAB berkata’ Rang undang – undang ini tidak sekalipun memberi kuasa kepada Sultan kerana kuasa eksekutif masih terletak kepada kuasa Menteri Besar sendiri. Katanya’
Rang undang – undang ini membolehkan Sultan melantik dan kuasa eksekutif terletak kepada Menteri Besar, ianya boleh dilihat sendiri di Malaysia kita mempunyai Agung dan kuasa melantik adalah hak Agung, dan Perdana Menteri akan melaksanakan segala tanggungjawab dari segi membuat keputusan dalam pentadbirannya. Katanya’ ketika di temui di Program Kayuhan Mesra Bersama Menteri Besar Johor, pagi tadi.