Pasir Gudang 11 Jan: KPJ Health Care Berhad telah menganjur Kem Kesihatan bagi memupuk masyarakat di kawasan kampung ianya untuk memberi kesedaran dan pendedahan kepada masyarakat agar segala penyakit dapat di cegah pada peringkat awal. Program ini telah berjaya membawa penglibatan penduduk di sekitar Kampung Senibong, antara aktiviti yang di jalankan di sini adalah klinik pesakit luar, ceramah kesihatan, kempen derma darah, saringan kesihatan, gotong royong serta pertandingan mewarna kanak-kanak.
YAB Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin selaku Menteri Besar Johor dan merangkap Ketua Bahagian UMNO Pasir Gudang telah merasmikan program Kem Kesihatan Kampung Senibong.