Pasir Gudang 11 Jan: Penduduk perumahan Jalan Kancil telah bersama-sama menyertai Sukaneka 1Malaysia yang di anjurkan oleh Cawangan UMNO Taman Scientex, penyertaan yang amat baik telah member satu contoh muafakat di kalangan penduduk kawasan ini. YAB Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin dalam ucapan perasmian berkata.
“Kita sedia maklum sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun, kita juga berhadapan dengan pelbagai cabaran. Oleh itu kita perlulah hindari dari mengamalkan nilai kebendaan dan keindividuan supaya matlamat kita apabila kita maju dan membangun, kita dapat membangun mengikut acuan kita sendiri dan dapat kita merealisasikan serta menjayakannya,”katanya.
Kita tidak menolak pembangunan, dan saya percaya masyarakat dalam negeri johor sudah pasti inginkan kemajuan serta kemodenan akan tetapi untuk berjaya ketahap ini masyarakat kita perlulah mengamalkan permuafakatan yang teguh kerana negeri kita tidak akan berjaya tanpa kerjasama di antara semua pihak,”katanya.