Perasmian Gelanggang Futsal Rumah Pangsa Seri Alam

Pasir Gudang: Majlis Perasmian Padang Futsal Rumah Pangsa Seri Alam anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Rumah Pangsa Seri Alam serta Majlis Penutup Pertandingan Futsal Piala Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Puan Hajjah Normala Binti Abdul Samad, Ahli Parlimen Pasir Gudang Merangkap Ketua wanita Umno Bahagian Pasir Gudang turut hadir Encik Mohamad Farid bin Hj Abdul Razak  Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang.

Di dalam ucapannya, Yang Berhormat Puan Hajjah Normala menyarankan bahawa cawangan UMNO Rumah Pangsa Seri alam perlulah bergiat aktif dalam mendekati penduduk di sini, dengan adanya aktiviti yang sihat seperti ini kita dapat mengurangkan kadar jenayah yang semakin berleluasa serta kita juga dapat mengurangkan budaya lepak yang semangnya kita sedar ianya akan memburukkan lagi masa depan anak-anak kita.” katanya.

Majlis telah berlangsung di gelangang futsal rumah pangsa Jalan Tasek 64 Bandar Seri Alam.

Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
Pinterest
Scroll to Top