Perasmian Balai Komuniti Taman Desa Rakyat

Pasir Gudang : Program mesra bersama pemimpin dan perasmian Balai Komuniti Taman Desa Rakyat, Pasir Gudang yang telah dirasmikan oleh YB Puan Hajjah Normala Bt Abdul Samad, Ahli Parlimen Pasir Gudang Merangkap Ketua Wanita UMNO Bahagian Pasir Gudang. Dalam ucapan beliau telah menegaskan,

”Kita sebagai satu komuniti di kawasan perumahan ini, adalah wajar untuk terus memberikan komitmen yang terbaik dan jangan sesekali kita mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang jiran yang prihatin.” katanya.

“Telah menjadi budaya masyarakat kita untuk saling terus menerus ingat mengingati dan tidak lupa dalam membantu jiran lain yang sedang berada di dalam kesusahan, saya amat teruja dengan sikap kewibawaan penduduk di sini yang senantiasa membantu pemimpin untuk menaikkan kawasan ini supaya tidak ketinggalan dari arus permodenan yang sedang pesat di sekelilingnya”katanya.

“Saya juga amat berterima kasih kepada Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) kerana tidak jemu untuk membantu penduduk di sini, kita telah banyak melihat perubahan dari pelbagai aspek kerana kerajaan dan PBT sentiasa memastikan penduduk di sini mendapat kemudahan dan perkhidmatan yang sewajarnya.”katanya.

“Saya juga pernah menjadi ahli majlis di kawasan ini, komitmen yang di berikan oleh penduduk di sini amatlah baik dan saya percaya, kepimpinan ahli majlis yang baru sudah pasti akan melaksanakan satu lagi perubahan yang akan menambahkan lagi keselesaan penduduk di Tmn Desa Rakyat, Pasir Gudang.”katanya. – UMNOPG

Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
Pinterest
Scroll to Top