Khaled Nordin Terima Kunjungan Hormat Bekas Ketua Eksekutif MiDAS Sempena Persaraan

Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, menerima kunjungan hormat bekas Ketua Eksekutif Institut Pertahanan & Keselamatan Malaysia (MiDAS), Leftenan Jeneral Dato’ Pahlawan Zahani bin Hj Zainal Abidin TUDM, sempena persaraan beliau.

Dalam pertemuan itu, Khaled Nordin merakamkan penghargaan atas sumbangan dan khidmat bakti Leftenan Jeneral Zahani sepanjang tempoh perkhidmatan beliau, khususnya dalam memacu peranan MiDAS sebagai institut pemikir strategik pertahanan dan keselamatan negara.

Sumber: Facebook rasmi Khaled Nordin — https://www.facebook.com/MohamedKhaledNordin

Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
Pinterest
Scroll to Top