..."/>

Amalan Gotong-royong Perlu Dijadikan Budaya Hidup

PASIR GUDANG, 30 Sept – Konsep gotong-royong yang diamalkan oleh masyarakat di negeri ini perlu diteruskan sebagai suatu budaya dalam kehidupan.

Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin berkata amalan tersebut mencerminkan nilai dan kehidupan masyarakat yang bergerak secara bermuafakat.

FB_IMG_1506822574191

“Apa yang lebih penting adalah penekanan dan kefahaman untuk menjaga kebersihan di kawasan sendiri.

“Kita mahu penduduk sedar bahawa kebersihan adalah sangat penting dan mahu ia menjadi sebahagian dari budaya hidup kita,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada program gotong-royong bersama-sama masyarakat setempat, di Flat Tasek 64, Bandar Seri Alam, pagi tadi.

Program tersebut melibatkan 23 blok yang turut disertai oleh jabatan kerajaan, pemimpin setempat dan sukarelawan.

FB_IMG_1506822589260

Yang turut hadir, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Datuk Hajah Normala Abdul Samad; Yang DiPertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), Hasrin Kamal Hashim; Ketua Penolong Pegawai Daerah Johor Bahru, Mohd Johari Tarmidi dan Ahli Majlis MPPG.

Tambahnya, masyarakat perlu memahami bahawa nilai kebersihan itu juga adalah sebahagian daripada hidup bertamadun.

Malah, kebersihan itu juga mencerminkan keperibadiaan setiap masyarakat di negeri ini.

Top