Team Johor Bukti Kekuatan Barisan Nasional Pasir Gudang

Permas Jaya, 5 Oktober – Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin menghadiri Majlis Pesta Tanglung yang di adakan di Permas Jaya.

Team Johor menjadi bukti kerajaan pimpinan Barisan Nasional di negeri ini tidak mengamalkan konsep asimilasi. Pesta Tanglung yang merupakan budaya masyarakat Tiong Hua sememangnya amat digalakkan serta dijayakan agar selari dengan konsep kerajaan yang sentiasa menyarankan pelbagai kaum yang terdapat dalam negeri dan negara kita ini sewajarnya dapat mengekalkan jati diri mereka.

“Kita mahu setiap kaum dengan identiti mereka,tetapi ada masa dan ketikanya kita boleh bersama sama, kita boleh berganding, bersatu dalam soal untuk kita menjaya dan memajukan masyarakat, negeri dan negara kita” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pesta Tanglung anjuran Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) kawasan Pasir Gudang.

Tambahnya lagi, kerjasama berpasukan NGO Tiong Hua dalam menjayakan pesta berkenaan membuktikan permuafakatan yang kukuh antara NGO di kawasan berkenaan.

Penganjuran pesta itu juga membuktikan permuafakatan itu dicapai dengan penyertaan pelbagai kaum yang akhirnya akan mewujdukan pelbagai nilai positif.

“Masyarakat kita adalah masyarakat majmuk, oleh sebab itu saya sentiasa memenuhi jemputan dari semua kaum kerana saya ingin memahami setiap cabaran, kekurangan dan masalah yang dihadapi setiap kaum yang terdapat di dalam kawasan kita.

“Penyelesaian yang berbeza perlu diperkenalkan jika kita ingin berkesan mengatasi masalah dan isu yang dihadapi oleh setiap kaum di kawasan dan tempat tinggal kita.

Tambahnya lagi, masyarakat yang majmuk dan harmoni pada hari ini menjadikan negeri dan negara kita berjaya mencapai pembangunan dan kemajuan secara maksimum kerana pandangan dan pendapat mereka diambil dan dilaksanakan.

Turut hadir, Ahli Parlimen Pasir Gudang, YB Dato’ Normala Abdul Samad.

Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
Pinterest
Scroll to Top