Gerak Tumpu Zon Bandar Masai 2013

Pasir Gudang 29 Dis:  Taman Masai dan Kg Baru Masai serta Kg Pertanian Masai kini di beri tumpuan ke arah kawasan penempatan yang bersih. Program di rasmikan oleh Yang Berhormat Puan Hajjah Normala binti Abdul Samad selaku Ahli Parlimen Pasir Gudang merangkap Ketua Wanita UMNO Bahagian Pasir Gudang.

Program ini bertujuan bagi memastikan keadaan kebersihan serta kebajikan masyarakat kawasan ini berada dalam keadaan yang baik, Zon Bandar Masai adalah kawasan yang menghubungkan Johor Bahru dan Pasir Gudang, oleh demikian sebagai Ahli Majlis Perbandaran Pasir Gudang  Encik Sabapathy A/L Ramasamy telah mengambil langkah bagi memastikan seluruh kawasan Zon Bandar Masai berada dalam keadaan yang sihat.

Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
Pinterest
Scroll to Top