Promosi ke Tabika Kemas Parlimen Pasir Gudang

Pasir Gudang 28 Dis: Majlis Promosi ke Tabika Kemas peringkat Parlimen Pasir Gudang di Dewan Taman Cendana telah di rasmikan oleh Yang Berhormat Puan Hajah Normala binti Abdul Samad selaku Ahli Parlimen Pasir Gudang serta merangkap Ketua Wanita UMNO Bahagian Pasir Gudang.

Majlis ini di laksanakan bagi mempromosikan lebih mendalam kepada masyarakat terutama ibu bapa yang ingin menghantar anak-anak bagi mendapatkan pendidikan awal seawal umur 4 hingga 6tahun dan ibu bapa perlu mengenali serta memahami mengenai konsep Tabika KEMAS ialah ‘Belajar Melalui Bermain‘ yang diselaraskan dengan sifat semulajadi kanak-kanak iaitu bermain, ingin tahu dan mencuba. Konsep tersebut kemudiannya diperluaskan kepada menguasai kemahiran 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul).
Konsep ini bertujuan untuk memberi peluang dan galakan kepada kanak-kanak menguasai kemahiran asas dan pengalaman yang akan memudahkan mereka menerima pendidikan formal di sekolah rendah kelak.

Disamping itu, ia juga bagi meningkatkan kecemerlangan potensi individu kanak-kanak secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Pengetahuan dan kemahiran kanak-kanak ditingkatkan dengan pemupukan dan pengukuhan kepada amalan nilai-nilai murni melalui usaha-usaha dan program yang terancang dan berstruktur.

Usaha ini bertujuan melahirkan pewaris cemerlang negara yang dibimbing dan dididik dalam suasana dan persekitaran yang sihat, ceria dan selamat di samping kerjasama erat dengan ibu bapa.

Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
Pinterest
Scroll to Top