Forum Keluarga Sakinah 2013 Sierra Perdana

Pasir Gudang 27 Dis: Forum Keluarga Sakinah 2013 “Menuju Keluarga Sakinah”, bertempat di Dataran Taman Sierra Perdana, jam 8.30 malam telah berlangsung dengan sempurna, forum tersebut di rasmikan oleh Yang Berhormat Puan Hajah Normala binti Abdul Samad selaku Ahli Parlimen Pasir gudang.

Forum ini di serikan lagi dengan penampilan khas Muhamad Asyraf bin Mohd Ridzuan 29 Imam Muda di dalam program astro. Pengisian ‘Modul Keluarga Sakinah’ yang diterbitkan oleh Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) dengan kerjasama Jabatan Agama Johor dan Jabatan Mufti Johor mempunyai 10 Modul merangkumi ilmu dan pembelajaran mengenai hal ehwal kekeluargaan berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah. Buku Modul ini diterbitkan bagi membimbing serta rujukan kepada masyarakat berkaitan ilmu kekeluargaan seawal pemilihan pasangan untuk berkeluarga sehingga husnul khatimah.

Bagi menyebarluas Modul Keluarga Sakinah, beberapa pendekatan dikenal pasti sebagai langkah secara holistik. Salah satunya dengan menggunakan pendekatan ceramah. Seawal penubuhan YPKDT telah melantik Pegawai Penggerak Sakinah di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk memastikan perlaksanaan menyebarluaskan ilmu ini dapat dilaksanakan secara menyeluruh.

Ceramah Bersiri diperkenalkan bagi menyeragamkan maklumat penyampaian aktiviti ceramah Pegawai Penggerak. Sistem pemantauan secara berkomputer (SPLAB) telah dibangunkan bagi melihat ceramah yang disampaikan dilaksanakan secara teratur dan menyeluruh dari segi tempat, jumlah sasaran, modul dan sebagainya.

Baris Jawatankuasa Gambar Kenang-Kenangan Bersama
Baris jawatankuasa KRT  Taman Sierra Perdana gambar kenang-kenangan bersama para penceramah jemputan

 

Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
Pinterest
Scroll to Top