Penghargaan Pemuda Johor Terhadap Pendirian PH

KENYATAAN MEDIA

PERGERAKAN PEMUDA UMNO NEGERI JOHOR

PEMUDA JOHOR HARGAI MUAFAKAT PAKATAN HARAPAN UNTUK TERUS SUBURKAN SEMANGAT PERPADUAN DI JOHOR

1. Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor (Pemuda Johor) mengalu-alukan serta menghargai pendirian rasmi Pakatan Harapan (PH) untuk memberi laluan kepada Barisan Nasional (BN) untuk bertanding dalam PRK DUN Mahkota bulan September nanti.

2. ⁠Pendirian rasmi PH dalam hal ini adalah cerminan kepada kesungguhan serta komitmen PH untuk terus menyuburkan semangat perpaduan di Johor secara bermuafakat.

3. Untuk itu, Pemuda Johor menyeru agar semua pimpinan parti-parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan khususnya di Johor, untuk fokus memenangkan PRK di DUN Mahkota, dengan mengulangi kejayaan manis memenangkan calon-calon perpaduan di Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram pada 2023.

4. Fokus dan tumpuan seluruh jentera parti kerajaan adalah untuk memberi penerangan kepada rakyat mengenai segala usaha yang pimpinan kerajaan sedang ambil untuk memberi kehidupan yang lebih baik buat seluruh rakyat, baik usaha di peringkat kerajaan persekutuan mahupun kerajaan negeri.

5. Agenda memecah belah perpaduan rakyat yang dibawa Perikatan Nasional (PN) harus sama-sama ditolak dan tidak sesekali dibiarkan bertapak di negeri Johor.

NOOR AZLEEN AMBROS
Ketua, Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor
17 Ogos 2024

Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
Pinterest
Scroll to Top