Bersempena hari ulang tahun UMNO yang ke-78, kita mengenang kembali sejarah panjang parti kita ini. Parti ini telah melalui pelbagai cabaran dan rintangan. Jatuh dan bangun. Hinggakan, pada suatu ketika, ia pernah diharamkan.
Alhamdulillah. Hari ini, meskipun tidak sehebat dahulu, UMNO masih sebahagian daripada kepimpinan negara. Masih menjuarai isu yang melibatkan bangsa Melayu dan agama Islam. Kekal menjadi suara kepada orang Melayu dalam apa jua perkara melibatkan kepentingan bangsa.
UMNO dari dahulu lagi sentiasa memilih jalan kesederhanaan. Tidak ekstrim dan melampau. Malah jauh sekali radikal. Parti ini percaya bahawa, rahsia keamanan dan keharmonian adalah apabila seluruh negara bersatu membangunkannya. Kemakmuran dan kedamaian yang kita nikmati hari ini, adalah hasil daripada prinsip kesederhanaan yang UMNO bawa sejak dahulu lagi.
Bersempena Hari UMNO ke-78 ini, saya menyeru seluruh keluarga besar parti ini untuk bersama-sama menghayati perjuangan parti kita ini. Jatuh bangun, maju mundur UMNO, kitalah menentukannya. Jangan sesekali kita mensia-siakan perjuangan dan pengorbanan pemimpin-pemimpin terdahulu yang telah mewariskan parti ini untuk kita.
Selamat ulang tahun UMNO ke-78.
Dulu, kini, dan selamanya.
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang merangkap
Naib Presiden UMNO Malaysia