PASIR GUDANG, 10 MEI – Menteri Pertahanan merangkap Naib Presiden UMNO Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin hadir ke majlis meraikan bakal jemaah haji di BZ Restoran Pengantin, Taman Rinting pada hari ini serta menyampaikan sedikit sumbangan bagi meringankan perbelanjaan kepada 31 bakal jemaah haji yang bakal berangkat ke tanah suci Mekah.
Bersama-samalah kita mendoakan agar kesemua bakal haji ini dipermudahkan segala urusan, dilindungi diri mereka serta keluarga yang ditinggalkan, selamat pergi dan balik dan mendapat haji yang mabrur, inshaaAllah.